Fiona (lagu 4U2C)

"Fiona" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh kumpulan pop Malaysia, 4U2C.[1] Lagu ini ialah hasil ciptaan sepenuhnya oleh salah seorang ahli 4U2C, Joe dan merupakan salah satu lagu terkenal kumpulan ini dan menjadi siulan peminat sehingga kini.[1][2] Ia turut berperanan terhadap kerjayaan album sulung 4U2C. Berikutan lagu itu, album sulung senama 4U2C berjaya terjual sebanyak 70,000 unit. Versi bahasa Inggeris lagu ini telah dirakamkan semula oleh Krash Kozz.[3]

Fiona (lagu 4U2C)

Dikeluarkan pada 1992
Video muzik
Video muzik
"Fiona" di YouTube
Penulis Joe
Format Single CD
Panjang 5:25
Genre Pop, balada
Syarikat BMG Pacific